Khalwat: Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap - Hiburan | mStar

Khalwat: Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Putri Mardiana selepas dia gagal hadir pada perbicaraan tuduhan berkhalwat.
AMPANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Putri Mardiana selepas wanita berkenaan gagal hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani.

Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Putri atau nama sebenarnya Putri Mardiana Zainal Abdiin dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500.

Menurut fakta kes, Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam, 31, telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 17 Disember 2014 memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.
Putri Mardiana , Khalwat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain