Trofi Kepingan Emas Ganti Wang Tunai Dalam FFM-27 - Hiburan | mStar

Trofi Kepingan Emas Ganti Wang Tunai Dalam FFM-27

Datuk Fauzi Ayob menunjukkan trofi FFM-27 yang bakal diterima pemenang.
AMPANG: Pemenang Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM-27) pada tahun ini tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya trofi yang terdapat kepingan emas.

Pengarah FFM-27 Datuk Fauzi Ayob berkata, pihak penganjur yang dipengerusikan Ketua Pengarah Finas iaitu Datuk Kamil Othman memutuskan pemberian trofi berkenaan menjadi lebih bernilai bagi penggiat seni berbanding wang ringgit.

"Kami mahu orang lebih menghargai anugerah berkenaan apabila  pada bahagain trofi itu disalut emas jenis 916 iaitu meletakkan segala nilai pada trofi berkenaan,” katanya kepada mStar Online.

Inilah trofi FFM-27 yang terdapat kepingan emas.

Fauzi ditemui pada majlis perjumpaan dengan Jawatankuasa Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di Finas pada Isnin.

WHAM telah dilantik oleh agensi itu untuk melakukan kerjasama menjalankan promosi-promosi media bagi menghangatkan acara berkenaan.

Kemuncak FFM-27 bakal diadakan pada 5 September depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pukul 8.30 malam.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan siaran tertunda menerusi RTM.

Malam Perasmian acara itu akan berlangsung pada 2 September depan di Symphony Lake Suit, pusat konvesyen itu.

Bercakap mengenai trofi berkenaan Fauzi menambah, rekaan kali ini lebih ringan yang antara lain menggambarkan kesatuan dalam perfileman.

Tambahnya, sesebuah filem yang dilancarkan ada kekuatan sendiri selain mempunyai nilai komersial yang berprestij terhadap industri filem.

"Kita tak nak sesebuah penghargaan itu dengan duit tapi kita nak dalam bentuk lain yang lebih tinggi nilainya. Dengan cara ini kita lihat pemenang itu akan merasa lebih dihargai," ujarnya.

Sebelum ini, pemenang setiap kategori menerima wang tunai RM10,000 manakala bagi filem terbaik pula menerima ganjaran sehingga RM25,000.
FFM-27 , Festival Filem Malaysia , FFM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain