Tuduhan Ditangkap Khalwat Jatuhkan Maruah Mia Ahmad - Hiburan | mStar

Tuduhan Ditangkap Khalwat Jatuhkan Maruah Mia Ahmad

Mia Ahmad.
PETALING JAYA: Pelakon Mia Ahmad berasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan laporan mengenai seorang aktres ditangkap khalwat baru-baru ini.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, ia dianggap sebagai fitnah yang sangat memalukan sekali gus menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

"Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut.

"Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya," katanya kepada mStar Online.

Gosip pelakon drama dicekup Jais yang tersebar di Internet.

Pada 12 Jun lalu, foto seorang wanita yang dikatakan pelakon popular ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersebar di laman sosial.

Beberapa individu menuduh kononnya Mia adalah wanita yang ditangkap itu.

Sementara itu, Mia berkata, berdasarkan informasi daripada rakan-rakan dan peminatnya, tuduhan itu disebarkan oleh seorang individu yang ingin menjatuhkan kariernya.

Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

"Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.

"Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah," ujarnya yang bakal muncul menerusi drama  Dilema Wanita pada penghujung Jun ini di RTM.
Mia Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain