Sam (Bunkface) Nasihat Orang Bujang Cepat Kahwin - Hiburan | mStar

Sam (Bunkface) Nasihat Orang Bujang Cepat Kahwin

Sam (Bunkface) bahagia bersama isterinya Aida Azira.
PETALING JAYA:  Penyanyi Sam (Bunkface) mengajak orang bujang di luar sana yang mempunyai pasangan kekasih agar cepat berkahwin kerana dunia rumah tangga amat menyeronokan.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata kehidupan seseorang suami itu akan menjadi lebih terurus selain diri itu dirasakan lebih dihargai.

"Macam dulu saya ingat boleh hidup sendirian tetapi bila difikirkan kembali kehidupan berumah tangga lebih bagus kerana ada orang jaga serta sayang kita dan saya rasa kehidupan kini semakin terurus walaupun belum ada anak lagi.

"Saya juga berasa perbezaan yang lain kerana bila bangun dari tidur boleh liihat isteri berada di sebelah dan dia menyambut bila balik tetapi saya perlu banyak lagi pengalaman untuk mengharungi alam kehidupan berumah tangga," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Terdahulu Sam selamat bergelar suami kepada Aida Azira Husin, 28, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan pada 25 April lalu di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan.

Sam bersama isterinya Aida ketika berbulan madu di sebuah pulau di Thailand. Foto dari Instagram Sam.

Sam dan isterinya menjadikan pulau terpencil, Ko Tao, Thailand sebagai destinasi berbulan madu mereka.

Sam berkata, sebagai pasangan yang sudah berumah tangga, seseorang itu diajar agar tidak pentingkan diri dan perlu mendapat persetujuan bersama dalam membuat keputusan.

"Kini setiap keputusan yang hendak dilakukan saya perlu berbincang dan mencapai persetujuan bersama pasangan kerana itulah sebenar perkahwinan bagi saya.

"Sebelum  membuat keputusan saya perlu fikirkan mengenai isteri terlebih dahulu kerana jika kita melakukannya tanpa berfikir mengenai pasagan, kita sebenarnya seorang selfish  (pentingkan diri) jadi perkara itu yang saya belajar selepas berkahwin," katanya.

Sementara itu, ditanya adakah isterinya sudah mengandung, Sam berkata ia masih terlalu awal kerana mereka baru sebulan berkahwin dan masing-masing sibuk dengan tugas.

Dalam perkembangan lain, Sam bersama kumpulannya Bunkface dalam proses menyiapkan single terbaharu bertajuk Masih Disini yang merupakan lagu tema filem BoBoiBoy The Movie.
Sam Bunkface

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain