Cita Citata Mahu Berduet Dengan Siti Nurhaliza - Hiburan | mStar

Cita Citata Mahu Berduet Dengan Siti Nurhaliza

Cita Citata memasang impian untuk bertemu dengan idolanya, Datuk Siti Nurhaliza dan merakamkan lagu duet bersama penyanyi itu.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia yang popular menerusi lagu Sakitnya Tuh Di Sini, Cita Citata berhasrat untuk merakamkan sebuah lagu duet bersama idolanya, Datuk Siti Nurhaliza.

Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 21, berkata, dia meminati Siti sejak kecil dan memberitahu penyanyi tersohor itu adalah punca dia bergelar penyanyi.

"Pertama kali mendengar lagu Cindai nyanyiannya saya terpukau dan sejak itu saya banyak belajar teknik menyanyi daripada lagu-lagunya.

Cita bijak berinteraksi bersama peminatnya.

"Jika diberi peluang Insya-Allah, saya ingin sekali bertemu dengannya dan berharap dapat merakamkan sebuah lagu bersama idola saya itu," katanya kepada pemberita dan mStar Online.

Cita ditemui pada Konsert Mini Cita Citata - Sakitnya Tuh Di Sini yang diadakan di Menara KL di sini pada Ahad.

Hampir tiga ratus peminat membanjiri perkarangan Menara KL untuk menyaksikan persembahan Cita pada petang itu.

Bertenaga...Cita menyampaikan lapan buah lagu.

Dalam pada itu, Cita berkata, dia berasa sangat bertuah berpeluang hadir ke negara ini sekaligus mengadakan persembahan khas buat para peminatnya.

"Saya langsung tidak menyangka begitu ramai peminat saya di Malaysia dan kehadiran mereka pada mini konsert ini amat bererti buat saya," ujarnya.

Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Cita mengadakan konsert mininya di Plaza Angsana Johor Bahru.

Aksi lincah penyanyi berusia 21 tahun itu mendapat sambutan.

Penyanyi genit itu mendendangkan lapan buah lagu khas buat peminatnya iaitu Aku Mau Apa Atuh, Meriang, Kau Tercipta Untukku, Jangan Ganggu Pacarku, Pernikahan Dini, Perawan atau Janda, Goyang Dumang dan Sakitnya Tuh Di Sini.

Sementara itu, Cita berkata, dia berharap dapat kembali ke Malaysia pada masa hadapan untuk mengadakan persembahan berskala besar untuk peminatnya.

Selain itu, Cita memberitahu dia kini sedang dalam proses menyiapkan album sulungnya yang dijangka dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Cita Citata , Siti Nurhaliza.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis