suria

Bront Palarae Benci Lihat Imejnya Bermisai Tebal

Imej terbaru Bront Palarae.
PETALING JAYA: Pelakon Bront Palarae mengakui rimas dengan imejnya bermisai tebal sehingga ditertawakan rakan artis gara-gara terpaksa menjayakan watak sebagai komentator radio dalam filem terbaru Ola Bola.

Bront, 37, berkata, dia terpaksa mengelak daripada melihat dirinya di hadapan cermin kerana tidak suka dengan penampilan terbaru itu.

“Saya gosok gigi pun menyampah tengok misai lebat ni dan bila diletakkan rambut palsu serta alat solek lagilah saya mengelak untuk tengok wajah sendiri di cermin.

“Saya tengok dah macam dewa-dewa dah muka saya bila ditambah lagi dengan jambang palsu,” katanya kepada mStar Online.

Bront seringkali tampil dengan imej sebegini.

Selain itu, Bront berkata, ramai rakan sering tegur dengan imejnya bermisai lebat itu kerana imejnya sebelum ini bermisai nipis dan berjambang.

Katanya, mereka sering mengelak untuk bertentang mata sewaktu bercakap dengannya kerana ia boleh mengundang ketawa.

“Saya pergi anugerah baru-baru ini dengan misai macam ni, semua kawan tegur dan mempersoalkan macam saya dah tak ada imej lain nak bawa.

“Tidak dinafikan susah jugak nak menghadap mereka dan Sharifah Amani pun ada bagitahu dia tidak boleh tengok muka saya kerana kelakar,” katanya.

Bront yang membawa watak sebagai Rahman di dalam filem tersebut perlu menyimpan misai lebat bagi memaparkan gaya dan penampilan radio komentator era 80 an.

Katanya lagi, dia tidak sabar mahu mencukur misai tersebut sebaik sahaja selesai pengambaran.

Filem Ola Bola yang kini sedang menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur diarahkan oleh pengarah filem Box-Office The Journey, Chiu Keng Guan.
Bront Palarea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain