suria

Pedalaman Thailand Lokasi Bulan Madu Sam (Bunkface)

Sam selamat bergelar suami kepada Aida Azira dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu. Foto LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam dan isterinya Aida Azira Husin, 28 menyatakan hasrat ingin berbulan madu di pulau terpencil, Ko Tao, Thailand.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27 berkata pemilihan lokasi tersebut dibuat oleh isterinya atas cadangan rakan-rakan dan mereka sendiri ingin menerokai sesuatu tempat yang baru.

“Sebenarnya isteri saya yang memilih lokasi bulan madu kami di Pulau Ko Tao selepas teman rapat memberi informasi kepadanya. 

“Kami berdua suka sesuatu yang mencabar dan pemilihan lokasi di kawasan pendalaman ini mungkin sesuai dengan jiwa kami,” katanya pada mStar Online.

[SILA KLIK: Tonton Sekitar Majlis Akad Nikah Sam (Bunkface) & Aida Azira]


Menurut Sam, pulau yang terletak di utara Thailand itu mengambil masa antara dua hingga tiga jam kerana perlu menaiki pesawat, feri dan bas.

Selain itu, isteri kepada Sam, Aida turut berkata lokasi pulau dijadikan pilihan kerana mereka gemar melihat keindahan pantai berbanding percutian di bandaraya-bandaraya popular lain.

“Kami berdua suka melihat keindahan pantai lagipun tempat itu belum lagi terkenal dan kurang komersial berbanding pulau lain.

“Saya rasa pemilihan lokasi itu sesuai untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtangga kerana suasananya dikatakan tenang,” katanya.

Dalam pada itu, Sam menambah bulan madu di Pulau Ko Tao merupakan percutian pertama dan lokasi seterusnya pula, dia akan membawa isterinya ke United Kingdom pada hujung tahun hadapan.

Pada pagi Sabtu, Sam selamat bergelar suami kepada Aida Azira dengan sekali lafaz dan majlis akad nikah serta persandingan telah berlangsung di Dewan Sapura, Jalan Tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan.

Majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.
Sam, Bunkface

Artikel Lain