Tegar Rahsia Perbuatan Bekas Pengurus Kerana Malu - Hiburan | mStar

Tegar Rahsia Perbuatan Bekas Pengurus Kerana Malu

Tegar mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual bekas pengurusnya, Mohammad Ariff Dollah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tegar menjelaskan sebelum ini dia berdiam diri terhadap gangguan seksual yang dilakukan oleh bekas pengurusnya, Mohammad Ariff Dollah, 30, kerana berasa malu sekiranya ia diketahui oleh orang lain.

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 13, berkata, selain malu dia juga berasa takut dengan lelaki berkenaan biarpun kejadian tersebut berulang beberapa kali di antara November hingga Januari lalu.

"Saya berdiam diri kerana takut dengannya kerana jika saya beritahu orang lain dia tidak akan membenarkan saya pulang ke kampung," katanya.

Tegar ditemui pada sidang media selepas mengadakan persembahan Muzikal Nusantara di Istana Budaya pada malam Jumaat lalu.

Turut hadir pada sidang media itu adalah pemilik Harpa Records, Handako Kusuwo serta bapanya Jusup Suhardi.

Terdahulu, Tegar dalam satu sidang media khas di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, penyanyi itu mendakwa lelaki itu pernah menyuruhnya tidur dengan memakai seluar dalam selain bertindak menanggalkan tuala di hadapannya.

Selain itu juga, Tegar mendakwa Ariff pernah menemaninya mandi selain dengan sengaja merapatkan tubuhnya sehingga kemaluannya terkena dibahagian duburnya.

Bagaimanapun, Ariff dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Tegar berkata, dia mendapat keberanian untuk bersuara selepas bertemu dengan bekas ana tiri Ariff yang dikenali sebagai Sufie Rashid yang turut mendakwa pernah menjadi mangsa lelaki berkenaan.

Kata Tegar, luahan Sufie membuatkan dia berani untuk mendedahkan perbuatan terkutuk lelaki berkenaan agar tiada lagi yang akan menjadi mangsanya.

"Sufie ada menceritakan kepada saya yang dia pernah mengalami perkara lebih teruk daripadanya dan itu membuatkan saya memberanikan diri," ujarnya.

Sufie turut hadir pada sidang media khas itu.

Sementara itu, Handako memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Ariff atas dakwaan gangguan seksual dan kecurian selain akan membuat laporan polis di negara ini selepas menerima laporan penuh daripada pihak polis di Jakarta.

Tegar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain