Populariti Bukan Alasan Ayda Jebat Letak Harga - Hiburan | mStar

Populariti Bukan Alasan Ayda Jebat Letak Harga

PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat menjelaskan dia tidak akan menaikkan bayaran lakonannya hanya kerana sudah memenangi dua trofi di Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini pada 22 Februari lalu.

Ayda atau nama sebenar,Nur Suhada Jebat, 23, sebaliknya berkata, kemenangan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk terus memperbaiki diri sebagai pelakon kerana sedar dia masih baharu dalam industri hiburan.

"Biarpun sudah menang dua anugerah tetapi itu bukan alasan untuk saya mula meletakkan harga pada mana-mana produksi yang ingin mendapatkan khidmat saya.

"Saya sendiri sedar bahawa saya masih baharu dalam bidang ini dan paling penting sekarang adalah memberi lebih fokus untuk memperbaiki mutu lakonan," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Ayda memenangi kategori utama Anugerah MeleTOP Era 2015 iaitu Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Kemenangan itu sekaligus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan AStro.

Dalam pada itu, Ayda mendedahkan sebelum ini dia tidak pernah menghadiri mana-mana majlis anugerah sejak bergelar artis dan AME 2015 adalah kali pertama. 

Jelas Ayda, dia tidak akan menghadiri sesuatu majlis sekiranya namanya tidak tercalon sebagai finalis.

"Ini kali pertama saya hadir dan tidak menyangka menang kerana sebelum ini saya memang tidak pernah menghadiri mana-mana majlis anugerah," katanya.

Ayda Jebat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain