Gosip Buruk Tasha Shilla Buat Hati Hans Tergores - Hiburan | mStar

Gosip Buruk Tasha Shilla Buat Hati Hans Tergores

Tasha Shilla dan kekasihnya Hans Wong.

KUALA LUMPUR: Kekasih pelakon Tasha Shilla iaitu Hans Wong berkata, gosip buruk yang sering dilemparkan terhadap pelakon itu telah membuatkan hatinya tergores.

Hans, 25, berkata, dia boleh menrima apa juga dugaan dalam dunia hiburan tetapi biarlah sesuatu tuduhan itu dibuat dengan lebih berasas.

“Sebenarnya saya tak ada masalah dengan gosip kerana saya faham akan kerjayanya sebagai seorang artis. Tetapi gosip yang dibuat tanpa mendapatkan pengesahan daripada Tasha  membuatkan saya sakit hati,” katanya kepada mStar Online.

Hans ditemui pada sidang media Tasha Shilla, 28, di sebuah restoran di Bangsar pada Khamis bagi menjelaskan isu tuduhan kononnya dia antara 10 artis yang diburu polis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran iaitu escort girl.

Tasha ditemani peguamnuya Fahda Nur Ahmad Kamar yang antara lain meminta agar tiada lagi berita berhubung tuduhan berkenaan dipaparkan oleh media.

Dalam pada itu Hans yang juga ahli sukan muay thai berkata, dia turut terkesan apabila tuduhan mengatakan hidupnya selama ini ditaja oleh Tasha Shilla tidak habis-habis dijaja oleh sesetengah pihak.

Tasha Shilla (kiri) bersama peguamnya Fahda Nur Ahmad Kamar (tengah).

Bagaimnapaun dia tidak menafikan pada awal perkenalannya dengan Tasha, kedudukan kewangannya tidak menentu kerana pekerjaan sebagai ahli sukan berkenaan tidak menjanjikan pendapatan tetap.

“Bagaimanapun selepas serius menjalinkan percintaan, Hans membuat keputusan menjadikan kerjaya sukan itu sekadar sambilan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga dalam bidang seni bina.

“Ini kad saya sebagai bukti saya ada pekerjaan tetap dan tidak mengharapapkan wang ringgit dia. Sebaliknya saya menumpukan pekerjaan dalam bidang seni bina milik keluarga saya,” katanya yang merupakan pembantu pengurus projek untuk syarikat milik bapanya itu.

Hans menambah dia mempunyai perancangan besar untuk membina rumah tangga dengan Tasha yang dirancang pada tahun ini.

Namun buat masa ini dia dalam usaha untuk menstabilkan kedudukan kewangannya terlebih dahulu agar perancangan berkenaan dapat dilakukan dengan baik.

“Saya percaya kepada rezeki dalam sesebuah perkahwinan. Sebab itulah saya sudah merancang mengenainya. Yang penting, keluarga saya sudah merestuinya termasuklah keluarga Tasha,” ujarnya

Tasha Shilla

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Tiada Perancangan Kahwin Tahun Ini" - Neelofa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain