suria

Lisa Surihani Mengandung Selepas Tiga Tahun Kahwin

Lisa Surihani bahagia bersama Yusry.

KUALA LUMPUR:  Selepas tiga tahun berumah tangga, akhirnya pelakon Lisa Surihani, 29,  berbadan dua apabila ia disahkan sendiri oleh suaminya, Yusry Abdul Halim.

Perkara itu diumumkan Yusry, 41, ketika ditanya oleh wartawan pada sidang media pelancaran filem trailer filem terbaharunya Cicakman 3 di GSC Pavilion di sini pada Rabu.

Bagaimanapun pasangan berkenaan mengelak untuk berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perkembangan baik itu.

“Ya… Lisa mengandung tapi masih awal untuk kami bercerita mengenainya. Tunggulah selepas kandungannya kuat dulu, selepas tiga bulan,” katanya.

Pasangan berkenaan juga mengambil pendekatan untuk mengikut nasihat orang tua-tua agar tidak terlalu memperkatakan mengenainya ketika kandungan masih baharu.

Malah Yusry juga menepis khabar angin kononnya mereka menyembunyikan perkara berkenaan disebabkan terikat perjanjian dengan pihak Astro.

Pasangan berkenaan akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 23 Februari depan.

Lisa Surihani, Yusry

Artikel Sebelum

Artikel Lain