Saksi Sahkan Surat Nikah Penyanyi Awie Adalah Dokumen Palsu - Hiburan | mStar

Saksi Sahkan Surat Nikah Penyanyi Awie Adalah Dokumen Palsu

PETALING JAYA: Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa mendedahkan bahawa surat nikah milik penyanyi Awie adalah dokumen palsu.

Ia selepas saksi berkenaan membuat semakan dalam senarai pendaftaran nikah Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lalu dan mendapati carian dokumen menggunakan nombor kad pengenalan milik isteri penyanyi itu, Rozana tidak berada dalam senarai.

Yusoff juga turut memberitahu, dia sekali lagi membuat semakan menggunakan nombor siri pendaftaran yang dikemukakan oleh Awie pada 8 Julai tahun yang sama dan mendapati nombor siri sijil nikah tersebut didaftarkan di atas nama orang lain.

Yusoff yang kini berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perlaksanaan Undang-undang, Jabatan Keluarga Islam Malayisa (JAKIM) memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana.

Keterangan itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie,  Mahakamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd Amran Mat Zain pada Selasa.

Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman sementara Awie diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Terdahulu dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.

Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.

Mohd Amran menetapkan 13 Januari ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak terhadap kes berkenaan dan meminta pasangan itu menghadiri perbicaraan itu nanti.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
Awie , Rozana , Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain