Misha Omar Risau Anak Terlibat Gejala Sosial - Hiburan | mStar

Misha Omar Risau Anak Terlibat Gejala Sosial

Misha Omar

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar berasa bimbang jika anak angkatnya, Muhammad Adam Emir, 8, terlibat dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi di kalangan kanak-kanak.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, keadaan itu membuatkan dia memasukkan Adam ke sebuah sekolah swasta di ibu kota yang mempunyai bilangan pelajar yang kecil.

"Sebagai ibu, melihat dunia zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai gejala sosial, ia membuatkan saya risau jika Adam mungkin akan terpengaruh dengan masalah yang semakin membelenggu di kalangan masyarakat kita.

"Kerana itu saya memasukkan Adam ke sekolah swasta yang mempunyai bilangan pelajar yang sedikit.

"Selain itu, saya tidak mahu anak saya terasa jika dia diejek 'anak angkat' oleh teman-teman seusia," katanya kepada mStar Online.

Tambah Misha, suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 32, bagaimanapun tidak gemar melihat cara dia berbuat demikian sebaliknya mahu Adam bergaul dengan lebih ramai kanak-kanak agar mental dan fizikalnya lebih kuat.

Misha bersama Firos dan Adam. Foto UTUSAN

Akur dengan kata-kata suaminya itu, Misha telah mendaftarkan Adam ke sekolah kerajaan untuk sesi persekolahan 2015.

Ada betulnya juga kata suami. Saya terlalu melindungi Adam sehingga dia tidak boleh berdikari dengan sendiri.

"Semua ini adalah demi kebaikan Adam juga di mana dia perlu belajar menangani atau berdepan dengan masalah di sekeliling dalam menjadi seorang yang lebih kental," ujarnya.

Misha dan Firos yang merupakan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah bernikah pada 2 Mei lalu di Kota Bahru, Kelantan.

Sementara itu, Misha kini sibuk dengan latihan teater Diari Wanita...Episod Kak Ani & Nyonya terbitan Ctra Production yang bakal dipentaskan bermula 11 sehingga 16 Februari 2015 di Istana Budaya.

Antara barisan pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Liza Othman dan Dayang Kartini sebagai Kak Ani, Sherry Alhadad, Amy Mastura, Juhara Ayob, Nad Zainal dan Shahrul Mizad.

Tiket berharga RM35, RM55, RM85 dan RM155 boleh ditempah menerusi ejen tiket www.AirAsiaRedTix.com

 

Misha Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain