A Rahman Hassan Sah Bergelar Suami Fadilah Mansor - Hiburan | mStar

A Rahman Hassan Sah Bergelar Suami Fadilah Mansor

Dengan sekali lafaz, A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Hassan. FOTO: IZZRAFIQ ALIAS/The Star

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadilah Mansor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Khamis.

Majlis itu berlangsung kira-kira 9 malam itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.

A Rahman, 67, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadilah, 56, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 400 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Anak-anak daripada hasil perkahwinan terdahulu pasangan itu turut hadir pada majlis berkenaan.

Antara artis yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Den Wahab.

Pada majlis tersebut, pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan.

Kedua-dua mempelai kelihatan berseri dengan persalinan dari rona kuning untuk majlis akad nikah tersebut.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan yang ditemui selepas majlis itu berlangsung memberitahu bersyukur dapat disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai bagi meraikan mereka. 

A Rahmah turut berharap perkahwinan itu dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berjanji akan membahagiakan Fadillah.

"Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat," katanya.

Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain