Dilabel Sombong Tidak Jejaskan Mimi (One Nation Emcees) - Hiburan | mStar

Dilabel Sombong Tidak Jejaskan Mimi (One Nation Emcees)

Mimi mengakui dia seorang yang lantang bersuara tetapi bukan sombong.

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan One Nation Emcees iaitu Mimi merasakan personalitinya yang lantang bersuara dalam memberi pendapat antara penyebab dia dilabel sebagai sombong oleh sesetengah pihak.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 27, berkata, sejak dahulu lagi dia tidak pandai untuk bersikap 'bermuka-muka' atau menyimpan pandangannya terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan cara itu menjadi satu pertikaian.

"Jika saya marah, sedih atau pun gembira saya memang akan tunjuk dan tidak pandai sorok perasaan sebenar dan mungkin itu yang menyebabkan orang terus melabel saya dengan hanya melihat pada satu situasi.

"Tapi saya tidak nafikan memang saya seorang yang lantang bersuara dan rakan-rakan tahu akan personaliti saya itu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mimi berkata, dia tidak perlu berasa hati dengan tuduhan tersebut kerana ia adalah hak masing-masing dan tidak ada kena mengena dengan dirinya.

Mimi menjelaskan tuduhan itu langsung tidak menjejaskan reputasinya kerana dia bukan seperti mana digambarkan oleh sesetengah pihak.

"Pada saya setiap orang ada hak untuk membuat penilaian terhadap seseorang termasuk saya dan apa yang diperkatakan itu tidak ada kena mengena dengan saya.

"Saya bukan seorang yang sombong dan sebenarnya saya peramah dan mudah bergaul dengan orang lain. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Mimi berkata, dia bersama ahli kumpulan One Nation Emcees baharu sahaja melancarkan single berjudul Hoi Ya Hoi.

Jelas Mimi, mereka juga turut mengarahkan muzik video berkenaan dan ia bakal dilancarkan menerusi Youtube dalam masa terdekat ini.

"Kami masih lagi aktif sebagai sebuah kumpulan dan baharu sahaja lancarkan single terbaharu dan berharap ia akan mendapat sambutan peminat kami.

"Paling menarik muzik video Hoi Ya Hoi turut diarahkan oleh kami sendiri dan tidak sabar rasanya untuk melancarkan hasil kerja kami itu," katanya.

Mimi , One Nation Emcees.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain