Amelina Buat Tiga Kali Solat Istikharah Sebelum Kembali Menyanyi - Hiburan | mStar

Amelina Buat Tiga Kali Solat Istikharah Sebelum Kembali Menyanyi

Amelina bakal kembali mewarnai industri muzik. FOTO: M. Azhar Arif/The Star

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Amelina mendedahkan dia telah membuat sebanyak tiga kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, dia yakin kemunculan semulanya di industri seni tanah air selepas 15 tahun menghilangkan diri adalah pada masa yang sesuai dan tepat.

"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.

"Sehingga saya buat tiga kali solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai," ujarnya kepada mStar Online.

Amelina ditemui pada satu sidang media kemunculan semulanya yang diadakan di Di Nartwork Studio, dekat sini, Isnin.

Penyanyi yang popular pada zaman 90-an menerusi lagu Rindu ini memberitahu keputusan itu disokong oleh ibu dan enam orang anaknya.

Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculan kali ini membawa imej yang bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.

"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.

"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang pasaran industri dangdut yang kurang mendapat perhatian, Amelina mengakui sedih dengan perkara tersebut.

Katanya, dia sendiri tertanya-tanya adakah jika dia tidak menghilangkan diri genre tersebut masih bertahan hingga sekarang.

"Sudah tentu saya sedih melihat lagu dangdut sudah tidak dapat perhatian seperti dahulu dan terpinggir.

"Saya juga ada terfikir bagaimana kalau saya tidak menghilang dahulu, adakah ia masih bertahan hingga kini.

"Apa pun saya akan cuba kembalikan genre ini dengan cara baru nampak mahal dan tidak terus dilabel sebagai muzik kampung," katanya.

Sementara itu, Amelina berkata, dia kini masih dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer Ajai dalam masa terdekat.

Katanya, single terbaharu itu bakal dikeluarkan pada pertengahan Disember depan.

"Kami masih dalam perbincangan tentang lagu dan proses untuk masuk studio untuk rakaman. Saya memang agak gementar sebab sudah lama tidak masuk studio merakam lagu.

"Saya yakin Ajai dapat memberikan yang terbaik sesuai dengan peredaran lagu masa kini," ujarnya.

Amelina , penyanyi dangdut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Intan Ladyana Nafi Sudah Ada Kekasih Baru

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain