suria

Hubungan AC Mizal Dengan Anak Semakin Pulih

AC Mizal dan isterinya, Emylia Rosnaida dilantik sebagai duta produk pelangsingan badan, L'Rose Perfect Body Shape.

KUALA LUMPUR: Pengacara Datuk AC Mizal bersyukur apabila hubungannya dengan dua anak hasil perkahwinan pertama iaitu  Muhammad Shafiq Iman, 18, dan Muhammad Shabil Iman, 15,  semakin pulih.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, walaupun mereka tidaklah begitu mesra, namun perubahan itu semakin dapat dilihat apabila masing-masing mula bertanya khabar antara satu sama lain.

"Saya difahamkan bekas isteri saya sudah berkahwin dan kini menetap di Terengganu bersama anak-anak.

"Kerana itu, agak sukar untuk saya berjumpa dengan mereka. Tetapi kami saling bermesej dan bertanyakan khabar.

"Walaupun tidaklah seakrab mana, Alhamdulillah hubungan kami anak beranak semakin pulih," katanya kepada mStar Online.

AC ditemui pada majlis pelancaran dan pengumumannya dan isteri, Datin Emylia Rosnaida sebagai duta produk pelangsingan badan, L'Rose Perfect Body Shape di Hotel Royale Chulan di sini pada Isnin.

Hadir sama pengasas produk L'rose iaitu Datin Rose Ramlan dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.

Dari kanan; AC Mizal, Emylia Rosnaida, Rose Ramlan dan Mohamad Zawawi Salleh.


Tambah AC, lebih membuatkan dia gembira apabila Shafiq dan Shabil turut mesra dengan dua anaknya bersama Emylia iaitu Mohd Reeve Damien, 11, dan Fea Eryssa, 6 (tahun).

"Saya faham, mereka anak lelaki, mempunyai ego sendiri. Tetapi melihatkan mereka turut mesra dengan Damien serta Fea membuatkan saya cukup terharu.

"Shafiq dan Shabil juga selesa dengan Emylia. Alhamdulillah, saya dapat merasakan hikmahnya selepas pelbagai dugaan yang dilalui sebelum ini," ujarnya.

AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainudin pada 24 Jun 1995 dan memiliki dua anak iaitu Shafiq dan Shabil sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Kemudian pada 10 Oktober 2002, pengacara itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Emylia. Melalui perkahwinan itu, mereka mempunyai dua anak iaitu Damien dan Fea.

Mengenai perlantikan bersama Emylia sebagai duta produk L'rose, AC berkata, mereka akan mengikat kontrak selama tiga tahun di bawah syarikat RMZ Health & Beauty Products Marketing.

"Ia merupakan satu produk yang masih baru dilancarkan pada Julai lalu. Saya dan isteri sudah mencuba L'rose sejak dua bulan lalu dan kami berjaya menurunkan sejumlah berat badan.

"Paling ketara ialah saya berjaya menurunkan sebanyak  12 kilogram di mana saya kini mempunyai berat yang ideal iaitu sebanyak 83 kilogram," tuturnya.

L'rose yang dihasilkan daripasa herba-herba bermutu tinggi boleh dibeli dengan harga RM150 di pejabat RMZ yang terletak di One South Streetmall, Seri Kembangan atau menerusi laman web www.rmz.my

Pembelian juga boleh dibuat menerusi talian 012-2669214 atau 03-89499669. 

AC Mizal, Emylia Rosnaida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Afiq Muiz Buka Bisnes Jual Baju

Artikel Lain