suria

Astro Masih Perbaiki Imej Peserta AF 2014

Peserta menyanyikan lagu Menuju Puncak dengan pakaian seragam AF2014.

SHAH ALAM: Stesen televisyen Astro masih dalam proses menyuai padan dan mencari kesesuaian imej terhadap penampilan peserta-peserta rancangan realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014).

Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris, berkata, dua minggu awal ini merupakan tempoh bagi pihak produksi untuk melakukan eksperimen dalam mencari penampilan yang terbaik kepada peserta.  

Penampilan salah seorang peserta AF2014 Ewal.


"Terima kasih kepada pihak yang perihatin dan memberi pelbagai komen terhadap penampilan dan pakaian peserta-peserta AF2014. Pada peringkat awal ini kami masih lagi mencuba untuk mencari identiti dan penampilan yang bersesuaian dengan mereka.

"Pada awal episod ini kita buat eksprimentasi terhadap penampilan mereka mengikut genre lagu yang mereka bawa dan lihat sama ada mereka boleh bawa atau tidak baju dan imej yang cuba kita beri," katanya.

Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang komen negatif dan kritikan terhadap penampilan imej peserta-peserta AF 2014 pada minggu pertama lalu.

Sementara itu, Namanzee berkata, penampilan peserta juga menjadi gambaran kepada karekter mereka yang akan diperbaiki dari minggu ke minggu.

Jelasnya, ia merupakan gambaran terhadap peningkatan dan persediaan mereka untuk bersaing sebagai penyanyi dalam industri hiburan. 

Peserta wanita Muna menyampaikan lagu Diam Diam Jatuh Cinta


"Pakaian dan penampilan mereka juga sebagai penceritaan kepada karakter mereka, kita akan lihat peningkatan daripada sudut penampilan pada minggu ketiga dan seterusnya.

"Akademi Fantasia berbeza dengan pertandingan nyanyian lain, ia adalah akademi yang menerapkan elemen belajar bukan sahaja daripada sudut nyanyian semata-mata," katanya.

Tegasnya, penampilan yang disediakan oleh produksi mempunyai matlamat tersendiri disamping mengajar peserta tentang aspek imej dan keterampilan.

Program Akademi Fantasia 2014 bersiaran setiap Ahad pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

AF2014, Namanzee Harris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fathia Masih Mahu Berlakon

Artikel Lain