suria

KL Lokasi Pertama Konsert Mariah Carey Di Asia Tenggara

Mariah memilih Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mengadakan konsert di negara Asia Tenggara bersempena konsert jelajahnya pada 22 Oktober depan di Stadium Negara.
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey memilih Malaysia sebagai lokasi sulung bersempena siri konsert jelajahnya di Asia Tenggara yang bakal diadakan di Stadium Merdeka dekat sini pada 22 Oktober depan.

Pihak penganjur konsert di negara ini dilaporkan berjaya mendapat bidaan bagi mendapatkan diva terkenal itu lebih awal berbanding negara lain seperti Singapura dan Filipina.

"Kuala Lumpur akan menjadi negara yang pertama biarpun Singapura tidak gembira dengan keputusan pengurusan penyanyi itu yang hanya akan mengadakan persembahan di Singapura dua hari selepas konsert di sini," kata sumber industri yang enggan namanya dikenali.

Difahamkan bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Mariah tidak kurang daripada USD1 juta (RM3.2 juta) iaitu harga sama semasa penyanyi itu mengadakan konsert di negara ini pada tahun 2004.

Album terbaharu Mariah berjudul Me. I Am Mariah...The Elusive Chanteuse.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai konsert berkenaan akan diumumkan oleh pihak penganjur dalam masa terdekat ini.

Penyanyi yang mempunyai suara mencapai lima octav itu terkenal dengan lagu seperti Hero, Dreamlover, One sweet Day, Vision of Love, We Belong Together, My All dan #Beautiful itu mengambil keputusan melancarkan jelajah dunianya di negara Asia terlebih dahulu sebelum Amerika Syarikat.

Mariah akan terlebih dahulu mengadakan persembahan di China sebelum meneruskan siri jelajah di Kuala Lumpur.

Konsert jelajah itu diadakan bersempena pelancaran album terbaharunya berjudul Me. I Am Mariah...The Elusive Chanteuse.

Mariah pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2004.

Konsert pertama Mariah di negara ini menimbulkan kekecohan ekoran imej seksi penyanyi berkenaan sehingga ahli Parti PAS berarak di luar stadium Merdeka bagi membantah penganjuran persembahan itu.

Bagaimanapun Mariah mengejutkan para peminat dan pengkritik apabila tampil sopan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Untuk rekod, Mariah adalah artis wanita paling berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat dengan penjualan album sebanyak 200 juta unit di seluruh dunia dan 18 lagu yang diciptanya sendiri menduduki tangga pertama carta Billboard.

Artikel Sebelum

Artikel Lain