suria

Gambar Pengebumian Allahyarham Datuk Sharifah Aini

BERIKUT merupakan gambar pengebumian biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Sabtu.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Datuk Siti Nurhaliza yang hadir menziarahi jenazah Datuk Sharifah Aini di Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu.


Sharifah Aini

Artikel Berikut

Artikel Lain