Sharnaaz Terima Maaf Terbuka Lisdawati & Fauzi Nawawi - Hiburan | mStar

Sharnaaz Terima Maaf Terbuka Lisdawati & Fauzi Nawawi

Sharnaaz terima Permohonan Maaf Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menerima permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh Fauzi Nawawi dan Lisdawati bagi menyelesaikan insiden apabila dia dituduh menyerang aktres itu pada awal Februari lalu.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, permohonan maaf yang dibuat suami-isteri berkenaan menerusi rancangan H!Live pada Ahad lalu itu menunjukkan isu berkenaan sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf.

"Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa.

Sebuah akhbar pada 24 Februari lalu melaporkan Sharnaaz, 29, telah menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini ketika penggambaran pada 19 dan 21 Februari lalu.

Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima SMS (pesanan khidmat ringkas) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.

Status Twitter yang dimuat naik Fauzi pada Ahad lalu.

Lisdawati mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan diri.

Bagaimanapun, pasangan itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi program H!Live saluran Astro Ria dan Maya HD pada Ahad lalu selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

Program tersebut dikendalikan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi.

Fauzi turut memuat naik foto dia bersama isteri dan Aznil di Twitter akaun miliknya dengan kapsyen; "Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yang sengaja atau tidak dan kami juga telah memaafkan anda yang selama ini membenci..." Difahamkan kenyataan itu turut ditujukan kepada Sharnaaz.

Sementara itu, Sharnaaz pula ketika ditanya sama ada sudah menonton program tersebut berkata,  rakannya telah merakam video rancangan berkenaan namun dia belum sempat untuk menontonnya lagi.

"Ketika itu saya bercuti di Langkawi dan saya tak tengok pun mereka (Lisda dan Fauzi) pada program itu. Tak kisahlah sama ada saya dah tonton program itu atau tidak, saya anggap ia dah selesai.

"Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka," ujarnya.



Sharnaaz , Fauzi Nawawi , Lisdawati

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain