Vertical Horizon Bakal Gegarkan KL - Hiburan | mStar

Vertical Horizon Bakal Gegarkan KL

vertical horizon
Vertical Horizon

KUALA LUMPUR: Kumpulan alternatif rock tahun 90-an, Vertical Horizon buat julung kalinya bakal mengadakan konsert dikenali sebagai ‘Vertical Horizon Live In Kl 2014’  pada 3 Jun depan.

Ia bakal diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini.

Menurut penganjurnya Te'Ark Records, Ammar Fahmi, konsert tersebut bertujuan untuk mempromosikan album terbaharu mereka berjudul Echoes From The Underground selepas lima tahun mendiamkan diri.

"Album Echoes From The Underground telah dilancarkan pada tahun 2013 dan tahun ini mereka sibuk dengan konsert jelajah dunia. Malaysia dan Filipina merupakan dua negara Asia yang akan mereka jelajah.

"Saya percaya, peminat-peminat kumpulan itu di negara ini pasti ternanti-nantikan aksi  persembahan mereka," katanya kepada mStar Online.

Ammar ditemui pada majlis sidang media konsert berkenaan Hard Rock Café di sini pada Khamis.

vsae
Ammar (kanan) bersama barisan penganjur serta Radhi (OAG) pada pelancaran konsert Vertical Horizon yang akan berlangsung pada 3 Jun depan.


Konsert tersebut turut mendapat kerjasama Yayasan Kanser Malaysia sebagai tanda memberi kesedaran mengenai bahaya penyakit itu kepada penonton.

Tambah Ammar, pada konsert itu nanti, kumpulan OAG turut mengadakan persembahan sebagai penyanyi jemputan.

"Kami memilih OAG memandangkan muzik mereka sealiran. Tambahan pula OAG mahu membuat kemunculan semula selepas enam tahun menyepi.

"Saya rasa ini adalah peluang terbaik buat OAG bagi kembalikan memori muzik-muzik popular mereka kepada peminat-peminat mereka," ujarnya.

Tiket konsert berharga RM128, RM178, RM238 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau boleh didapati di kedai muzik Rock Corner yang berdekatan.

Diskaun sebanyak 20 peratus turut diberikan kepada pembeli-pembeli awal sehingga 19 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, layari www.vhliveinkl.com
Vertical Horizon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain