"Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman Saya" - Heliza Helmi - Hiburan | mStar

"Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman Saya" - Heliza Helmi

vwew
Heliza lebih selesa hidup solo buat masa ini.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Heliza Helmi berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan artis Hafiz Hamidun kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Heliza, 28, berkata, Hafiz bukanlah ciri-ciri lelaki yang diimpikannya untuk dijadikan suami tetapi dia lebih menganggapnya sebagai seorang abang yang boleh memberi nasihat selain rakan seangkatan dalam bidang muzik tempatan.

"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.

"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," katanya.

Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Heliza enggan mengulas mengenai perkara itu kerana risau jika ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaku dialah lelaki yang dimaksudkan.

"Saya tak mahu cakaplah apa ciri-cirinya. Sebelum ini saya pernah menyatakan lelaki yang macam mana saya suka dan ada individu ini tampil dan berkata dia adalah lelaki yang saya cari. Takutlah," selorohnya yang ditemui pada pelancaran Mega Bazaar 2014 di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu Heliza yang semakin aktif bergelar penceramah motivasi berharap, penjelasan berkenaan akan memuaskan hati semua pihak dan selepas ini tidak ada lagi pihak yang bertanyakan hal serupa berhubung hubungannya dengan Hafiz Hamidun.

ew
Hafiz Hamidun

Dalam pada itu Heliza berkata, dia masih lagi hidup solo dan menganggap masih belum tiba masanya untuk mempunyai pasangan hidup.

"Sekarang ini saya terlalu sibuk dengan dua projek iaitu pembikinan album solo berjudul Jom dan lagi satu adalah album duet bersama Salima (AF4).

"Menariknya album Jom yang berkonsepkan kerohanian dan zikir turut melibatkan adik saya sendiri, Hazwan Helmi sebagai komposer dan rakan duet. Setakat ini material semuanya sudah siap, tinggal nak rakam sahaja.

"Untuk album mini bersama Salima pula, kami tampilkan sebanyak tiga buah lagu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Heliza sibuk dengan perniagaan baju muslimahnya, Falah Abiyana bersama rakan niaga yang juga pembaca berita TV AlHijrah iaitu Finaz Yunus.


Heliza Helmi , Hafiz Hamidun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain