suria

Peraduan Fesyen & Kapsyen! Klik 'Like' Dapat Hadiah!

Peraduan Fesyen & Kapsyen
PETALING JAYA: Portal mStar Online memperkenalkan peraduan Fesyen dan Kapsyen bagi memberi peluang kepada pembaca memenangi hadiah berupa baucar beli belah bernilai RM500 dan RM100.

Bagi menyertai peraduan ini pembaca hendaklah mempunyai akaun Facebook (FB) dan seterusnya melayari FB mStar Online menerusi akaun  https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy dan ‘Like’ pada akaun terbabit. 

Pembaca dikehendaki klik pada ‘Photo Caption Contest’ yang terdapat pada paparan utama FB mStar Online sebelum mengisi beberapa keterangan yang diperlukan temasuklah kapsyen menarik pada gambar yang tertera. 

Bagi melayakkan mendapat baucar yang disediakan, pembaca hendaklah mempromosikan peraduan yang dieertai kepada pengikut FB masing-masing bagi mendapatkan ‘Like’ terbanyak untuk menyokong kapsyen yang telah dihantar. 

Sebanyak 14 hadiah harian harus direbut iaitu pemberian baucar RM100 bagi setiap pemenang manakala tiga hadiah utama akan diumumkan selepas peraduan ditutup bagi menentukan siapakah yang akan membawa pulang baucar RM500. 

75 peratus keputusan diadili berdasarkan siapakah yang mendapat ‘Like’ tertinggi mnanaka 30 peratus lagi daripada juri professional. 

Peraduan ini mendapat kerjasama daripada Fashion Valet Sdn Bhd sebagai penaja utama manakala Glossy Addiction dan Perfect Runway sebagai penaja bersama. 

Tarikh tutup penyertaan pada 4 Mei 2014.

Sila layari https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy untuk menyertainya. 

Terma dan syarat-syarat penyertaan boleh diikuti dengan klik kepada pautan ini: https://www.facebook.com/notes/mstar-online/terma-syarat-peraduan-fesyen-kapsyen-facebook-mstar/766670466685067
mStar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain