suria

E!News Asia Special Dedah Rahsia Lisa Surihani

Lisa menyifatkan tawaran E!News Asia sebagai satu penghargaan terhadap dirinya sebagai anak seni.

KUALA LUMPUR: Program hiburan popular E! News Asia buat pertama kalinya menampilkan selebriti Malaysia iaitu pelakon terkenal Lisa Surihani dalam episod istimewa yang akan disiarkan pada 30 Mac ini. 

Mengulas lanjut perkara itu, Lisa menyifatkan tawaran tersebut sebagai satu penghargaan terhadap dirinya sebagai anak seni. 

"Saya tidak menyangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia dan menganggap ia satu penghormatan terbesar. 

"Lebih menarik dalam episod khas ini akan mendedahkan beberapa perkara tentang diri saya dari perspektif ahli keluarga dan rakan terdekat yang mana masyarakat di luar tidak tahu," katanya pada sidang media E! News Asia Special di Hotel Grand Hyatt, di sini, Khamis. 

Program E! News Asia Special Lisa Surihani akan bersiaran pada 30 Mac ini pukul 10 malam di Astro Channel 712. 

Lisa Surihani
Turut hadir Timbalan Presiden Pembangunan Rangkaian dan Pengedaran NBCU Asia Pacific, Ramez Sheikh. 

Sementara itu, mengulas tentang reaksi suaminya pengarah filem Yusry Abdul Halim, Lisa berkata, Yusry turut terlibat dalam sesi temubual tersebut. 

"Ketika diberitahu tentang program ini, Yusry menyokong dan bersetuju untuk terlibat sekali. 

"Mereka bertanyakan beberapa perkara tentang saya, namun dia tidak memberitahu apakah soalan yang ditanya itu," katanya.

Selain itu, rakan artis seperti pelakon Liyana Jasmay, Nur Fazura, dan Aaron Aziz turut tampil dalam sesi temuramah tersebut. 

Sebelum ini, E! News Asia Special telah menampilkan beberapa artis popular Asia seperti Aaron Aziz daripada Singapura, Jay Park (Korea Selatan) dan Anne Curtis (Filipina). 

Artikel Lain