Chef Riz Terkilan Diboikot Stesen Televisyen - Hiburan | mStar

Chef Riz Terkilan Diboikot Stesen Televisyen

c
Chef Riz menerima hakikat apabila mendapat tahu diboikot stesen televisyen.

PETALING JAYA: Tukang masak selebriti iaitu Chef Riz berasa terkilan apabila terdapat beberapa pihak stesen televisyen telah memboikotnya untuk tidak melibatkannya dalam mana-mana program masakan.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, walaupun tidak mempunyai bukti sahih secara hitam putih, namun dia sedar dirinya  telah diboikot sejak kontroversi dia didakwa menipu dalam resume sebagai juri program terbitan Astro Masterchef Malaysia pada penghujung tahun 2011.

"Walaupun tiada hitam putih mengatakan saya diboikot pihak stesen televisyen, tetapi saya tahu yang mereka tidak mahu menggunakan khidmat saya dalam mana-mana program kerana isu lama berkaitan dengan resume itu.

"Diakui, memang saya terkilan ke atas apa yang berlaku. Tetapi saya terima dengan hati yang terbuka dan menganggap ia berpunca daripada kesilapan saya yang lalu," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysia yang dipaparkan dalam laman web Astro Ria pada hujung tahun 2011. 

Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin.

Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyatan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.

v
Chef Riz dan Shikin merancang untuk berkahwin pada tahun ini.


Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terbaharu, dia kini sibuk membentuk badannya di pusat latihan kecergasan (gim) sebagai persiapan bagi menyertai seuah pertandingan bina badan pada April depan.

"Selain sibuk menguruskan restoran sendiri, Flavors, di Bangsar, saya sedang mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan bina badan pada bulan depan (April).

"Pada masa sama juga, saya sedang membuat perancangan untuk membantu masyarakat yang mahu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Saya mahu sedarkan semua orang betapa pentingnya penjagaan kesihataan," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Riz berkata, dia juga sedang dalam perancangan untuk mengahwini kekasihnya, Shikin Maembong, yang merupakan kakak kepada aktres Emma Maembong pada hujung tahun ini.

Bagaimanapun, persiapan perkahwinan hanya akan dilaksanakan selepas ibunya yang diserang angin ahmar baru-baru ini sembuh.

"Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dengan Shikin dan memang kami rancang kahwin pada tahun ini. Tetapi buat masa ini ibu tengah sakit, jadi biarlah ibu sembuh dahulu.

"Lagipun kami tidak mahu tergesa-gesa. Saya mahu hubungan kami disatukan dengan cara yang lebih neutral," tuturnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain