suria

Editor Hiburan mStar Sah Bergelar Suami

Niezam bersama isterinya, Siti Noraziah.
PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, editor hiburan mStar Online, Niezam Abdullah, 40, sah bergelar suami kepada Siti Noraziah Sukarni, 26,  dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Pantai Besar, Batu Kurau, Taiping, Perak pada Jumaat.

Akad Nikah disempurnakan oleh Naib Kadi Kariah masjid tersebut, Ustaz Khairi Ahmad. Pengantin perempuan diwalikan oleh abang sulungnya, Za'ba Sukarni.

Niezam sah nikah dengan sekali lafaz.

Niezam memberikan mas kahwin sebanyak RM500 beserta wang hantaran berjumlah RM10,110.10.

Bagaimanapun, tiada barang hantaran disediakan.

Pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.

Majlis persandingan akan berlangsung pada Sabtu (esok) di Dewan Majlis Daerah, Jalan Taman Merdeka, Selama, Perak.

Pasangan berkenaan akan berbulan madu ke Bali, Indonesia atas tajaan syarikat penerbangan AirAsia.
Niezam Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Lain