Kisah Sedih Iqbal Mazlan, Jual Botol & Putus Tunang - Hiburan | mStar

Kisah Sedih Iqbal Mazlan, Jual Botol & Putus Tunang

Iqbal berkata nasibnya bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila dia juga tidak menerima sebarang tawaran berlakon sudah hampir setahun lalu.

PETALING JAYA: Kesengsaraan hidup juara Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan datang bertimpa-tipa apabila dia putus tunang dan menjadi penjual botol kerana kesempitan hidup.

Iqbal, 26, memberitahu nasibnya bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila dia juga tidak menerima sebarang tawaran berlakon sudah hampir setahun lalu manakala hasratnya untuk berkahwin tidak menjadi selepas pihak wanita meminta pertunangan mereka diputuskan.

"Saya tidak mahu fikir negatif kenapa dia tinggalkan saya, mungkin kami memang tiada jodoh lagi dan hubungan juga sudah tiada lagi persefahaman.

"Dua bulan pertama kami putus, memang saya sangat kecewa kerana kami sudah berkawan hampir tiga tahun dan ketika saya berada dalam keadaan begini dan tiada tawaran berlakon, dia pula tinggalkan saya.

"Ibu juga ada berseloroh menyuruh supaya saya mandi bunga kerana malang yang bertimpa-timpa, tapi saya tidak percaya," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Sementara itu, katanya, dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara perbelanjaan seharian keluarga termasuk menjual nasi lemak dan mengutip botol di sekitar Klang dekat sini.

Tambah Iqbal, dia reda dan menganggap musibah yang datang sebagai satu ujian daripada Allah.

"Ibu-bapa saya tidak bekerja jadi saya perlu mencari duit perbelanjaan lebih-lebih lagi anak angkat saya iaitu Adam yang sedang membesar. Dia pun dah berusia tiga tahun.

"Oleh itu saya terpaksa buat apa juga kerja yang halal termasuk jual nasi lemak, kutip botol dan tin kosong di tepi jalan untuk di jual.

"Saya ada juga hubungi pihak-pihak produksi yang pada mulanya ingin menawarkan saya berlakon tetapi bila tiba masanya saya cuba hubungi tidak pula dijawab," katanya.

Tambah Iqbal, dia juga kini baru sahaja bekerja di sebuah gimnasium di Ukay Perdana, Ampang dan melatih pelajar-pelajar sekolah dalam seni mempertahankan diri pada setiap hujung minggu.

Lebih teruk lagi, ibunya kini sedang menghidap penyakit kanser payudara, manakala dia sendiri mengalami kecederaan pada pinggang kesan akibat terjatuh ketika melakonkan aksi lagak ngeri untuk sebuah filem beberapa tahun lalu.

"Ibu saya masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Klang, dan saya juga tidak boleh terlalu aktif kerana cedera di pinggang kesan daripada jatuh ketika penggambaran filem Abuya beberapa tahun lalu," katanya.

Iqbal Mazlan , Putus Tunang , Jual Botol.

Artikel Sebelum

Ejen Kutip Royalti Diugut Bunuh

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL