suria

Isu Rampas Suami Orang, Hanez Suraya Tidak Takut 'Balasan'

Hanez Suraya

Pelakon Hanez Suraya mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.

"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.

"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.

Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Hanez 2
Hanez (kiri) berkata sesuatu dengan peguamnya ketika mengadakan sidang media di sebuah hotel pada Rabu.


Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie, Nurliyana Abd Manan membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Pada sidang media yang dianjurkan Hanez, dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

romie
Romie Razin Adilha


Malah Hanez turut meminta Nurliyana untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas nama baik dia dan keluarganya tercalar gara-gara tuduhan tersebut.

Sementara itu, Romie pula berkata, kontroversi yang berlaku tidak akan mengubah fikirannya untuk mengahwini Hanez.

"Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).

"Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.

"Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan," tuturnya.


Romie, Hanez Suraya, Nurliyana

Artikel Lain