Lukisan Wajah Siti Nurhaliza Dijual Sehingga RM75,000 - Hiburan | mStar

Lukisan Wajah Siti Nurhaliza Dijual Sehingga RM75,000

siti 2
Siti Nurhaliza berlatarbelakangkan lakaran wajahnya.

PETALING JAYA: Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini.

Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014.

Menurut rakan niaga  Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.

Siti Nurhaliza

Siti bersama lukisan wajahnya.

"Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.

"Kemudian, setiap daripada mereka akan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. Pihak kami turut berbesar hati kerana bukan calang-calang orang yang terbabit dengan projek ini," katanya kepada mStar Online.\

Tambah Khairo, lukisan termahal yang dipamerkan iaitu bernilai RM75,000 merupakan karya pelukis dari Sepanyol, Adrian Torres dan ia  begitu eksklusif kerana  membabitkan hasil lukisan menggunakan jari tanpa peralatan lukisan.

Lukisan berbentuk arca dengan memaparkan separuh wajah Siti karya Scott Abbas turut menarik perhatian ramai dengan nilai harga sebanyak RM6,500.

siti 3

Antara lukisan-lukisan yang menjadi perhatian termasuklah karya Badruddin Shah Abdul Wahab bernilai RM6,000, Firdaus Mahadi (RM5,000) dan Khairul Arshad (RM5,500).

"Ini merupakan satu permulaan daripada pihak Artelier yang memaparkan karya-karya agung berdasarkan ikon negara kita.

"Pihak kami juga mahu selebriti tempatan kita diangkat seperti selebriti Hollywood menerusi karya lukisan. Sehingga kini, Siti merupakan selebriti tempatan pertama selepas Tan Sri P.Ramlee dan Datuk Sudirman Hj Arshad yang menjadi ikon inspirasi pelukis-pelukis tempatan," ujarnya.

Sementara itu, 30 peratus daripada kesemua lukisan yang dijual akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa yang dimiliki oleh Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.


Lukisan Siti Nurhaliza

Artikel Sebelum

Awal Ashaari Tekejut Tuduhan Tinggalkan Melodi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain