Alyah Tolak Jemputan Beri Ceramah Agama - Hiburan | mStar

Alyah Tolak Jemputan Beri Ceramah Agama

Alyah
Alyah

PETALING JAYA: Penyanyi Alyah menjelaskan dia terpaksa menolak banyak jemputan ceramah berkaitan agama apabila membuat keputusan memakai tudung selepas kembalinya daripada mengerjakan umrah pada April 2013.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, dia tidak bersedia untuk bercerita hal-hal agama selepas menukar imej kerana bimbang akan timbul tafsiran negatif yang akan merosakkan dirinya.

“Saya dapat banyak tawaran untuk berceramah tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Saya mengaku ilmu agama saya masih cetek dan tidak wajar untuk saya bercerita hal-hal agama yang mungkin nanti akan menyebabkan banyak salah faham,” katanya kepada mStar Online.

Alyah memberitahu, langkahnya memakai tudung adalah untuk menjadi manusia yang lebih baik secara berperingkat dan bukannya menjadikan ia sebagai satu trend gaya wanita Muslimah.

Malah kata Alyah, ada juga segelintir pihak yang menjemputnya untuk bercakap mengenai perubahan dirinya itu di pentas politik.

“Kalau nak suruh saya bercakap soal kerjaya dan bagaimana untuk memperbaiki imej, insya-Allah saya boleh tetapi kalau sentuh bab-bab politik, saya terpaksa tolak. Itu bukan cara saya,” katanya.

Ditanya apakah perubahannya selepas memakai tudung Alyah berkata, dia menjadi dirinya yang sebenar dan masih seperti dulu.

Malah Alyah akui, mereka yang berusaha untuk berubah menjadi baik akan diuji dengan macam-macam ujian sehingga boleh menimbulkan perasaan riak dan takbir dalam diri.

Untuk itu jelas Alyah, dia perlu berjaga-jaga daripada segi tutur kata dan pergaulan di khalayak agar imej yang dibawa itu seiring dengan perubahan yang sedang dilakukannya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharu Alyah berkata dia bakal muncul dengan single berjudul Sesal Separuh Nyawa.

Artikel Sebelum

Tiba Masa Shaheizy Sam Pilih Filem Berkualiti

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain