suria

Kevin Jones Dapat Anak Perempuan

Kevin Jones (kiri) dan Danielle.
Kevin Jones (kiri) dan Danielle.

PENYANYI Kevin Jones dan isterinya, Danielle menyambut kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Alena.

Perkara itu disahkan oleh syarikat cecair pencuci, Dreft, yang menanggung kos bersalin isteri penyanyi tersebut.

"Pada hari ini (Isnin), seorang 'bintang kecil' telah dilahirkan. Kenalkan, Alena Rose Jonas," tulis syarikat tersebut dalam Twitter mereka.

Penyanyi berusia 26 tahun itu sering mengemas kini mengenai proses kehamilan isteri di Twitter sehingga saat anak mereka dilahirkan untuk dikongsi bersama peminat.

"Saya amat teruja dengan kehadiran Baby Jonas. Ikuti perkembangan terkini mengenai detik terindah ini di Twitter milik Dreft," kata Jonas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain