suria

Pertunangan Rahsia Lana Del Rey Terbongkar

Lana dan tunangnya Barrie.
Lana dan tunangnya Barrie.

RAHSIA penyanyi Lana Del Ray akhirnya terbongkar apabila dia mengakui telah bertunang dengan teman lelakinya, Barrie-James O'Neil pada tahun lalu.

Us Weekly melaporkan, rahsia itu terbongkar apabila Lana dilihat memakai cincin pertunangan ketika bersiar-siar dengan kekasihnya itu.

Malah sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Lana dan Barrie telah bertunang sejak Julai 2013 dan sedang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2011 dan tidak mendedahkan secara terbuka mengenai percintaan mereka kepada umum.

Lana sendiri pernah digosipkan dengan beberapa lelaki sebelum ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain