Nelydia Senrose Anggap Isu Cemburu Kekasih Hanya Salah Faham - Hiburan | mStar

Nelydia Senrose Anggap Isu Cemburu Kekasih Hanya Salah Faham

Nelydia tidak mahu isu cemburu diperbesarkan lagi.
Nelydia tidak mahu isu cemburu diperbesarkan lagi.

SHAH ALAM: Aktres Nelydia Senrose menganggap isu cemburu kekasihnya iaitu pengacara, Qi Razali terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad hanya salah faham dan sudah pun diselesaikan dengan cara baik.

Nelydia, 20, berkata, isu tersebut juga tidak menjejaskan hubungannya dengan pelakon itu yang kini kedua-dua mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

"Saya percaya itu bukan satu isu yang besar kerana semuanya sudah kami selesaikan.

"Setakat ini hubungan kami baik dan boleh menjalani penggambaran bersama dengan memberi komitmen yang tinggi terhadap drama ini," katanya kepada mStar Online.

Nelydia ditemui pada majlis pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta bertemu peminat di Plaza Alam Sentral, di sini, Ahad.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas kontroversi kekasihnya, Qi Razali cemburu dengan gambar mesra meraka ketika penggambaran drama tersebut.

Tambah Nelydia, dia hanya berurusan dengan pelakon tersebut berkaitan dengan urusan kerja semata-mata.

Sementara itu, mengulas tentang drama tersebut, Nelydia berkata, dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penggambaran 40 episod itu.

"Saya beri seratus peratus fokus terhadap drama ini dan tidak ada mengambil mana-mana tawaran lain.

"Buat masa ini saya tidak tahu bila penggambaran tamat, namun apa yang penting penonton dapat merasai apa yang ingin disampaikan dalam drama ini," katanya.

Tambah Nelydia, dia menganggap drama ini berbeza daripada drama-drama adaptasi novel lain yang hanya tertumpu kepada kisah cinta semata-mata.

Katanya, ia banyak menyelitkan unsur-unsur pengajaran yang sesuai buat remaja dan institusi kekeluargaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Shahrizal Jaszle Gagal Gugurkan Kes Khalwat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik