Siti Nurhaliza Ingin Jadi Muslimah Lebih Baik - Hiburan | mStar

Siti Nurhaliza Ingin Jadi Muslimah Lebih Baik

Siti baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke 35 pada 11 Januari lalu.
Siti baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke 35 pada 11 Januari lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mahu menjadi seorang muslimah yang lebih baik sebagai salah satu doanya bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-35 pada 11 Januari lalu.

Siti berkata, dia juga mahu menjadi seorang wanita, anak dan isteri yang lebih bertanggungjawab serta melakukan lebih banyak perkara baik pada masa hadapan.

"Banyak hasrat yang ingin saya lakukan bersempena dengan usia baharu ini namun paling penting saya mahu menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada sebelum ini dari segi akhlak dan peribadi," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Siti juga mahu melihat syarikat miliknya iaitu Siti Nurhaliza Production dan SimplySiti lebih bertambah maju dan berdaya saing pada masa hadapan.

Malah kata Siti, untuk SimplySiti, pihaknya telah merangka pelbagai perancangan dalam penghasilan produk-produk terbaharu selain memasarkannya ke seluruh dunia.

"SimplySiti telah berpindah ke pejabat dengan ruangan yang lebih selesa dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja lebih keras dalam menghasilkan produk-produk berkualiti pada masa hadapan," ujarnya.

Sementara itu, Siti yang bakal mengadakan sebuah konsert 'Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where the Heart Is' merupakan sebuah projek bersama Yayasan Nurjiwa yang dinaunginya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Persembahan itu akan diadakan pada 7 dan 8 Februari depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi mengutip dana tabung Yayasan tersebut.

Tiket-tiket konsert ‘Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where the Heart Is’ dijual pada harga RM800, RM518, RM388, RM238, RM188 dan RM88.

Pembelian tiket boleh dibuat secara talian di www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari ini atau menghubungi talian 03-21638383 untuk keterangan lanjut.

Artikel Sebelum

Populariti Buat Lorde Rasa Aneh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain