suria

Populariti Buat Lorde Rasa Aneh

Lorde.
Lorde.

PENYANYI Lorde masih sukar mempercayai kehidupannya berubah dengan sekelip mata selepas single pertamanya Royals 'meletup' di seluruh dunia.

E News melaporkan, Lorde atau nama sebenarnya Ella Maria Lani Yelich-O'Connor, 17, berasa aneh dengan tumpuan yang diberikan kepadanya selain diburu paparazi ke mana sahaja dia pergi.

"Sangat aneh rasanya kehidupan saya seperti digambarkan dalam lagu Royals dan terus mengubah rutin harian anda sebelum ini," katanya.

Pun begitu kata Lorde, dia berharap kejayaan yang dikecapinya dapat memberikan lebih inspirasi dalam berkarya pada masa hadapan.

"Penulisan lagu adalah perkara yang paling saya gemari dan kehidupan baharu saya ini diharap dapat mempengaruhi sisi kreatif saya pada masa akan datang," jelasnya.

Single pertamanya itu berjaya mengungguli carta Billboard 100 selama sembilan minggu berturut-turut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain