suria

Naomie Harris Gementar Temui Isteri Nelson Mandela

Naomie Harris
Naomie Harris

PELAKON Naomie Harris yang memegang watak Winnie Medikezela-Mandela dalam filem Mandela: Long Walk To Freedom mengaku gementar untuk bertemu dengan isteri kepada tokoh dunia itu.

Naomie berkata, dia tidak mahu Winnie kecewa dengan lakonannya yang membawa karakter wanita tersebut.

"Saya benar-benar takut untuk bertemu dengannya kerana saya telah membaca begitu banyak buku tentang beliau. Dia seorang wanita yang tegas dan saya tidak tahu bagaimana reaksinya terhadap lakonan saya nanti," katanya seperti dipetik Digital Spy.

Bagaimanapun, selepas bertemu dengan isteri mendiang Nelson Mandela itu, semua sangkaan terhadap wanita berkenaan meleset.

"Dia menangis melihat saya membawa watak tersebut, dia berkata itu merupakan pertama kali kisahnya dirakamkan di filem," katanya.

Artikel Lain