suria

Paris Jackson Muat Naik Gambar Tanda Ceria

Paris (kanan) bersama ibunya Debbie Rowe
Paris (kanan) bersama ibunya Debbie Rowe

ANAK perempuan Michael Jackson iaitu Paris Jackson dilaporkan menemui neneknya, Katherine Jackson di Calabasas, California Amerika Syarikat pada Selasa lalu sambil mengepos gambar-gambar terbaharu di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Mail Online yang memetik sumber dari E! News dalam laporannya berkata, Paris memuat naik gambar-gambar terkini bagi menggambarkan semangat baharu tahun 2014 selepas melalui tahun yang sukar sebelum ini.

Gadis berusia 15 tahun itu turut menemui neneknya buat pertama kali selepas dimasukkan ke hospital akibat cubaan membunuh diri pada Jun 2013.

Dalam Instagram itu Paris memuat naik gambarnya memakai baju mandi serta aksi-aksi lain yang lebih ceria termasuklah bersama neneknya.

Gadis itu diberitakan akan tinggal bersama neneknya dalam tempoh beberapa hari sebagai tanda permulaan kepada semangat baharu sempena tahun baharu.

Sementara itu , Paris mendedahkan bahawa ibu kandungnya Debbie Rowe juga bersama-samanya dalam percutian keluarga untuk ke Hawaii. Mereka kelihatan mesra dan gembira

Paris tinggal di sebuah sekolah persendirian dengan perbelanjaan kira-kira RM42,000 sebulan bagi menjalani terapi akibat tindakannya mahu membunuh diri dengan cara memotong pergelangan tangannya dan menelan pil secara berlebihan.

Dia mengalami kemurungan selepas kematian bapanya pada tahun 2009.

Artikel Berikut

Artikel Lain