suria

Jennifer Lawrence Nyaris Lemas Terhidu Asap

Jennifer Lawrence
Jennifer Lawrence
Jennifer Lawrence

AKTRES Jennifer Lawrence dikhabarkan hampir-hampir mati lemas di lokasi penggambaran filem The Hunger Games: Mockingjay.

Jennifer terpaksa berhadapan dengan asap tebal yang memenuhi lokasi penggambaran apabila alat penyedut asap yang digunakan tidak berfungsi dengan baik.

"Seorang penolong pengarah menjerit agar mematikan mesin asap tersebut dan mengarahkan semua orang keluar daripada lokasi penggambaran," ujar sumber seperti dipetik National Enquirer.

Beberapa kumpulan penyelamat membawa keluar pelakon tersebut dalam keadaan hampir-hampir kelemasan akibat terhidu asap.

Artikel Lain