suria

Khloe Kardashian Bakal Untung RM22.9 Juta Selepas Cerai

Khloe (kiri) telah memfailkan cerai terhadap Lamar selepas mendapati lelaki itu curang terhadapnya.
Khloe (kiri) telah memfailkan cerai terhadap Lamar selepas mendapati lelaki itu curang terhadapnya.
Khloe (kiri) telah memfailkan cerai terhadap Lamar selepas mendapati lelaki itu curang terhadapnya.

KETIKA masih diselubungi rasa sedih akibat bercerai dengan Lamar Odom, ramai yang menganggap perpisahan itu tidak merugikan Khloe Kardashian.

Menurut laporan Dailymail, Khloe yang merupakan adik kepada Kim Kardashian akan mendapat keuntungan jutaan ringgit hasil perpisahan tersebut.

Jika dihitung, Khloe akan mendapat sebuah rumah bernilai RM13.12 juta daripada Lamar selain memiliki cincin pertunangan bernilai RM3.28 juta yang diberikan oleh Lamar.

Bukan itu sahaja, dia juga akan menerima RM6.58 juta selepas mereka bercerai secara rasmi di mahkamah.

Bagaimanapun difahamkan jumlah wang yang harus diberi kepada Khloe bukanlah satu masalah besar memandangkan pemain bola keranjang itu memiliki pendapatan sehingga mencapai RM380 juta.

Dalam perkembangan lain, Khloe telah memfailkan perceraian baru-baru ini.

Mereka berkahwin sejak empat tahun lalu dan membuat keputusan untuk berpisah Lamar dikatakan berlaku curang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain