suria

Roslan Shah Reda Tiada Jodoh

Roslan Shah
Roslan Shah
Roslan Shah

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Roslan Shah reda apabila hubungan cintanya dengan seorang wanita berasal dari Kelantan sehingga pernah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.

Roslan, 41, berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kegagalan tersebut sebaliknya menganggap ia sebagai ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.

"Sebagai manusia kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya, mungkin memang tiada jodoh saya dengan wanita itu.

"Saya tidak mahu menyalahkan dia atau mana-mana pihak, saya anggap ada hikmah di sebalik kejadian ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Roslan diminta mengulas khabar angin mengenai percintaannya dengan seorang wanita dari Kelantan sudah pun putus dan khabarnya wanita tersebut telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain.

Pengacara itu sebelum ini pernah merancang untuk bernikah pada Disember ini.

Jelas Roslan, dia sudah melakukan yang terbaik dan merancang untuk membawa hubungan tersebut ke alam rumah tangga.

"Saya sudah berjumpa dengan keluarga dia dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan ini namun di sebabkan banjir ia di tangguhkan ke bulan Mac tahun hadapan.

"Namun hati manusia cepat berubah dan kita tidak boleh menjangka apa akan berlaku, biarlah ia berlaku sekarang daripada selepas kami berkahwin," katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, dia bakal menunaikan ibadah Umrah pada Mac tahun depan bagi menenangkan jiwa dan berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik.

Tambahnya, kegagalan hubungan tersebut tidak mematahkan semangat untuk dia kembali bercinta dan membina sebuah keluarga suatu hari nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain