suria

Hans Isaac Bimbang Hanya Artis Popular Dapat Perhatian

Hans Isaac
Hans Isaac
Hans Isaac

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Hans Isaac mengakui kecewa dan bimbang dengan perkembangan industri seni tanah air yang hanya memberi perhatian kepada seseorang selebriti popular sahaja.

Hans, 42, berkata, senario tersebut mampu membunuh kerjaya seseorang artis popular dalam masa yang singkat.

"Pelakon-pelakon sekarang sukar bertahan lama terutamanya yang popular dan digemari masyarakat, mereka kebanyakannya hanya mampu menang satu anugerah dan kemudian hilang daripada industri.

"Stesen televisyen seharusnya membuka ruang kepada selebriti lain agar lebih ramai bakat baru yang mampu bertahan lebih lama dalam industri seperti di negara-negara luar," katanya kepada mStar Online.

Katanya, disebabkan perkara itu juga, ia memberi kesan kepada penerbit apabila kekurangan pilihan pelakon, penyanyi atau pelawak yang popular bagi membintangi produk mereka.

Oleh yang demikian, Hans lebih mementingkan kandungan serta pengisian yang terbaik berbanding populariti seseorang selebriti yang membintangi produknya.

"Saya lebih suka beri peluang kepada mana-mana artis yang layak dan mampu membawa memberikan hasil yang terbaik.

"Apa yang penting ialah kandungan sesuatu program itu, jika kita ambil selebriti yang sama dengan kandungan yang sudah diguna pakai pun tidak bagus dan masyarakat juga dapat menilainya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain