suria

Miley Cyrus Terpilih Sebagai 'Artis Tahun 2013'

Miley dinamakan sebagai Artis Tahun 2013 oleh saluran MTV.
Miley dinamakan sebagai Artis Tahun 2013 oleh saluran MTV.
Miley dinamakan sebagai Artis Tahun 2013 oleh saluran MTV.

PENYANYI pop Miley Cyrus telah dinamakan sebagai 'Artis Tahun 2013' meninggalkan calon kegemaran seperti Lady Gaga, Katy Perry dan Justin Timberlake.

Pengumuman itu dibuat oleh saluran MTV pada Khamis selepas menilai prestasi penyanyi kontroversi itu sepanjang tahun ini.

"Miley adalah artis ketiga yang menerima gelaran tersebut selepas One Direction (2011) dan Katy Perry (2012)," kata jurucakap MTV kepada Daily Mail.

Terkenal dengan lagu Wrecking Balls, Miley, 21, mencipta nama menerusi drama terbitan Disney iaitu Hanna Montana sebelum mengembangkan kerjayanya sebagai penyanyi.

Berikut adalah senarai 10 artis pilihan MTV pada 2013:

1. Miley Cyrus

2. Macklemore and Ryan Lewis

3. Justin Timberlake

4. Kanye West

5. One Direction

6. Katy Perry

7. Drake

8. Bruno Mars

9. Lorde

10. Lady Gaga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain