Kes Skandal Adi Putra: Suami Noraida Mahu Buka Semula Kes - Hiburan | mStar

Kes Skandal Adi Putra: Suami Noraida Mahu Buka Semula Kes

Amiruddin Othman (kanan) bersama Noraida Abd. Mutalib menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka di Bukit Aman pada Jumaat.
Amiruddin Othman (kanan) bersama Noraida Abd. Mutalib menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka di Bukit Aman pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman, 50, iaitu Suami kepada Noraida Abd. Mutalib,30, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mahu membuka kembali pendakwaan kes terhadap pelakon berkenaan kerana kecewa apabila kes itu diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) atau tiada tindakan lanjut.

Peguam Amiruddin iaitu Muhamad Hasif Hassan berkata, pegawai penyiasat wanita kes tersebut Inspektor Fergie Anak Dim dari balai polis di Johor dipercayai tidak telus menyiasat kes tersebut.

Sehubungan itu mereka telah membuat aduan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat terhadap pegawai itu bagi membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baharu.

"Pihak kami melihat Inspektor Fergie dipercayai menjalankan tugas siasatannya secara tidak profesional dan tidak telus.

"Lebih-lebih lagi kami melihat dia bergambar dengan Adi seolah-olah merupakan sebahagian peminat pelakon berkenaan.

"Dan menerusi aduan tersebut, pihak kami ingin membuka kembali pendakwaan kes terhadap Adi selepas berasa tidak puas hati dengan keputusan NFA yang diberi," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Concorde di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Muhamad Hasif berkata, pihaknya akan mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk meneliti pertuduhan yang mungkin lebih relevan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan - memikat wanita yang sudah bersuami.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dikenali sebagai Nooraida Abdul Mutalib.

Aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Sementara itu, Amiruddin berkata, sejak kontroversi tersebut, dia mendapat pandangan negatif daripada rakan-rakannya yang menganggap dia tidak patut membantu isterinya menyelesaikan kes berkenaan.

"Kawan-kawan dah benci saya kerana kes ini di mana sebagai suami saya tidak perlu membantu isteri yang membuat kesalahan.

"Tetapi saya anggap setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka ada peluang kedua untuk berubah, begitu juga dengan isteri saya.

"Cuma, sudah alang-alang kes ini berjalan, saya akan teruskan sehingga ia membuktikan apa yang kami dakwa terhadap suspek (Adi) adalah benar," tegasnya.

Pada sidang media itu, pasangan suami isteri tersebut turut ditemani rakan mereka, Kassim Osman.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan.

Artikel Sebelum

Hubungan Madonna Dengan Lelaki Muda Putus

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Nilai Persahabatan & Ego Dalam 'Laki-Laki'

default image

Ayu Raudhah Cuti Berlakon Kerana Hamil

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain