suria

Julia Roberts Hamil Pada Usia 46 Tahun

Julia Roberts
Julia Roberts
Julia Roberts

KHABAR yang mengejutkan tetapi menggembirakan buat Julia Roberts apabila dia kini sedang hamil anak ke-empat pada usia 46 tahun.

Menurut laporan Dailymail, berita tersebut mula tersebar apabila bintang filem Pretty Woman itu muncul di Los Angeles pada Ahad lalu dengan perut yang sedikit membuncit seperti wanita hamil.

Isteri kepada Danny Moder itu tampil memegang air minuman dengan berseluar denim dipadankan dengan baju hitam bersama jaket rona coklat

Bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi yang diberikan daripada pihak Julia berkenaan kehamilannya itu.

Artikel Lain