suria

Kecoh Gosip Skandal Suami Kelly Clarkson

Kelly (kiri) dan Brandon bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada tahun hadapan.
Kelly (kiri) dan Brandon bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada tahun hadapan.
Kelly (kiri) dan Brandon bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada tahun hadapan.

NAMA suami kepada penyanyi Kelly Clarkson iaitu Brandon Blackstock menjadi hangat apabila seorang wanita tampil mendedahkan mereka mempunyai hubungan sulit.

Bagaimanapun bekas isteri Brandon iaitu Melissa Ashworth tampil menafikan tuduhan wanita tersebut dan menganggap laporan berkenaan adalah mengarut.

"Walaupun kami telah bercerai tetapi Brandon adalah seorang lelaki dan bapa yang baik kepada dua anak kami. Berita dia curang terhadap Kelly adalah mengarut," katanya seperti dilaporkan portal Daily Mail.

Menurut laporan itu lagi, wanita berkenaan mengakui telah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan selama beberapa bulan dan hubungan itu masih lagi terjalin.

Malah pada awal tahun ini, seorang ahli keluarga Brandon mendedahkan lelaki itu bersikap curang terhadap Melissa semasa mereka berkahwin.

Brandon dan Melissa bercerai pada tahun 2012 sebelum Brandon bercinta pula dengan Kelly.

Kelly yang sedang mengandung anak sulung mereka bagaimanapun enggan mengulas mengenai skandal melibatkan suaminya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain