Nelydia Senrose Perjelas Sikap Berdiam Diri - Hiburan | mStar

Nelydia Senrose Perjelas Sikap Berdiam Diri

Nelydia Senrose
Nelydia Senrose

PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose berkata dia bukan sengaja bersikap berdiam diri atau sambil lewa dalam menjawab sebarang mesej daripada pihak yang ingin kerjasama dengannya.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia, 19, berkata, dia mengambil masa untuk berbincang dengan beberapa pihak sebelum memberikan kata putus dalam menerima sesuatu tawaran yang datang.

"Saya bukan sengaja mengambil tindakan berdiam diri, sebaliknya saya tidak berani untuk memberi kata putus pada waktu tersebut.

"Saya perlu berbincang dengan produksi yang sedang saya kerja tentang jadual dan mencari waktu yang sesuai membuatkan saya lambat memberikan jawapan," katanya kepada mStar Online.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan pengarah filem Cinderella, Ahmad Idham yang mendakwa dia lambat memberikan jawapan ketika ditawarkan membawakan watak Nurul dalam filem tersebut.

Sebelum ini juga terdapat dakwaan beberapa pihak yang sukar untuk menghubungi pelakon ini untuk sesi penggambaran bersama media bagi tujuan promosi.

Tambah Nelydia, sebagai selebriti dia tidak mahu mengecilkan hati mana-mana pihak terutamanya dalam menjaga kerjaya lakonannya.

"Saya seorang yang susah untuk kata tidak, kalau boleh memang tidak mahu menghampakan mana-mana pihak tetapi saya juga tidak mahu beri masalah pada produksi sekirannya saya tersalah beri tarikh," katanya.

Sementara itu, Nelydia yang melakonkan watak yang pernah dipopularkan oleh Haliza Misbun mengakui tidak mahu lakonannya dibandingkan dengan pelakon wanita tersebut.

"Saya tahu orang akan bandingkan dengan Haliza, yang mana saya tahu lakonan dia jauh lebih baik, namun kalau boleh biarlah perbezaan itu tidak terlalu jauh.

"Ketika cerita tersebut popular saya masih berumur beberapa tahun, tapi saya ada menonton cerita tersebut di Internet bagi melihat karakter Nurul yang dibawakan dahulu," katanya.

Filem Cinderella yang turut dibintangi oleh Fizo Omar, Fauziah Nawi, Erin Malik dan Datuk Jalaluddin Hassan akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 19 Disember ini.

Artikel Sebelum

Jennifer Lawrence Takut Labah-Labah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain