suria

Katy Perry Diselar Hina Budaya Masyarakat Jepun

Katy Perry.
Katy Perry.
Katy Perry.

PENYANYI Katy Perry diselar ekoran persembahan pembukaannya pada Anugerah Muzik Amerika 2013 menerusi lagu Unconditionally dikatakan telah menghina budaya masyarakat Jepun.

Katy, 29, dituduh tidak peka dan sengaja merendah-rendahkan budaya masyarakat negara itu apabila tampil dengan pakaian tradisional kimono yang telah diubah menjadi seksi.

"Sebagai salah seorang peminatnya dari Jepun saya terkilan dengan tindakan Katy yang tidak peka dengan budaya masyarakat lain memandangkan dia adalah seorang artis popular dan menjadi ikutan ramai.

"Tindakannya yang merosakkan budaya Jepun sangat tidak sensitif," ujar salah seorang peminatnya di laman Twitter.

Anugerah Muzik Amerika 2013 telah berlangsung di Los Angeles pada malam Ahad lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain