suria

Syazwan Zulkifly Akui Rapat Dengan Tasha Shila

Syazwan Zulkifly
Syazwan Zulkifly
Syazwan Zulkifly

PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifly mengakui mempunyai hubungan rapat dengan aktres jelita Tasha Shila, 26, dan sudah lama mengenali wanita tersebut.

Syazwan, 26, berkata, dia mengenali Tasha sejak di zaman persekolahan lagi melalui seorang rakan.

"Ya... kami memang rapat dan kami selalu keluar bersama tetapi ditemani rakan-rakan lain. Kadang-kadang sahaja saya mengambilnya di rumah.

"Sebenarnya dari zaman sekolah lagi saya sudah kenal Tasha, cuma ketika itu hubungan kami tidak begitu rapat kerana. Maklumlah dia adalah kawan kepada kawan saya yang lain," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin mengenai hubungan mesra mereka yang terjalin.

Tambah Syazwan, selepas tamat zaman persekolahan, mereka masing-masing sibuk dengan kerja dan bertemu semula ketika terlibat dalam sebuah drama yang sama iaitu Gemilang pada dua tahun lalu.

"Saya tidak sangka dia pun terlibat dalam drama Gemilang ketika itu, sejak itu juga kami berhubung semula.

"Baru-baru ini juga sepatutnya saya dan Tasha bergandingan untuk sebuah telefilem berjudul Terukir Di Bintang namun terdapat kesilapan teknikal yang menyebabkan saya terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, hubungan tersebut sekadar teman rapat dan tidak lebih daripada itu.

Dalam perkembangan lain, Syazwan bakal keluar dengan filem terbaharunya berjudul Laga pada 23 Januari depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain