Shahrol (Shiro) Calon Deejay Ganti Faizal Ismail - Hiburan | mStar

Shahrol (Shiro) Calon Deejay Ganti Faizal Ismail

Shahrol merupakan antara calon yang terpilih menggantikan FBI di Hot FM.
Shahrol merupakan antara calon yang terpilih menggantikan FBI di Hot FM.

PETALING JAYA: Salah seorang pelawak dari Kumpulan Shiro iaitu Shahrol merupakan antara calon yang terpilih bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen Hot FM berkuat kuasa 15 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, buat masa ini pihaknya sedang menguji keupayaan pelawak itu selama tiga hari bermula Isnin lalu bagi menentukan kesesuaiannya mengemudi segmen AM Krew bersama Fara Fauzana dan AG.

"Shahrol mula ke udara pada Isnin lalu sehingga Rabu ini (hari ini) dan kita sedang lihat sama ada dia sesuai atau tidak untuk menggantikan tempat Faizal," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Faizal atau lebih mesra dengan sapaan FBI membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai deejay stesen radio itu serta-merta pada 24 Oktober lalu sehingga mengejutkan peminatnya.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian pihak pengurusan Hot FM menjelaskan peletakan jawatan itu sebenarnya berkuat kuasa sebulan yang berakhir pada 15 November lepas

Sementara itu dalam perkembangan sama, Seelan berkata, selain Shahrol, pihaknya sedang mencari beberapa lagi calon sesuai untuk diuji bakat sebelum memutuskan individu yang layak menggalas tugas berkenaan.

Bagaimanapun kata Seelan, jika tiada calon sesuai, segmen AM Krew akan terus mengekalkan Fara dan AG tanpa sebarang pengganti.

"Masih belum dapat dipastikan calon-calon lain yang akan diuji bakat bersama Shahrol kerana kami masih lagi mencari individu yang sesuai.

"Jika Shahrol berkebolehan, dia barangkali akan diserap menggantikan Faizal dan jika tiada yang sesuai segmen itu akan terus mengekalkan Fara dan AG," katanya.

Dalam pada itu, Seelan berkata, pihaknya akan terus mengamalkan penggiliran artis jemputan pada segmen itu kerana ia mendapat sambutan yang baik daripada pendengar.

"Sebelum ini artis seperti Zizan Razak, Abon pernah muncul dalam program berkenaan dan terbaru Faizal Tahir akan diberi kepercayaan untuk muncul pada Khamis ini.

"Malah kita ada beberapa nama yang sudah mengesahkan akan ke udara bersama Fara dan AG seperti Didie Alias, Bell Ngasri dan Afdlin Shauki tetapi mereka bukan calon menggantikan Faizal. Sekadar artis undangan sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Shahrol ketika dihubungi berkata, dia merasakan belum layak untuk menggantikan tempat Faizal yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran radio.

Bagaimanapun pengalaman mengendalikan program tersebut sejak Isnin lalu benar-benar menyeronokkan kerana dia dapat mempelajari perkara baharu dalam kerjayanya.

"Fara dan AG banyak membantu dan saya rasa cukup rendah diri dapat bersama mereka selama tiga hari ke udara.

"Namun untuk menggantikan Faizal saya merasakan diri saya belum layak," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Wajar Tahu Kisah Kontroversi Adi Putra

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain